Intro

Sebuah coretan luahan hati dan perasaan... Mohon maaf jika terkasar bahasa, tidak terlintas untuk menyentuh perasaan semua...

Friday 10 March 2017

Pantun Nasihat

Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.

Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

Kita hamba lemahlah jua
Tiada berdaya, tiada berupaya
KepadaNya berpasrahlah kita
Baru kita hidup bahagia.

Sunday 26 February 2017

TANYA SAMA HATI

السلام عليكم....

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Jasad tak sembahyang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Keimanan bagai kulit bawang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Keyakinannya hilang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Amalnya kurang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Jihad tidak matang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Akidah tak terang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Suka mengata orang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Selawatnya kurang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Zikirnya kurang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Istigfarnya kurang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Ngaji lebih kurang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Tunggu maut datang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Dalam kubur tinggal seorang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Bimbang amalan ditimbang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Titian akan diseberang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Takut penjaga neraka yang garang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Alam akhirat akan datang.

Tanya sama hati
Apa sebab goyang
Nanti jawab hati
Risau Kubur X terang.

والسلام....

Wednesday 15 February 2017

MARAH & SAKIT!!!!!!

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

Kongsi bersama
: Sahabat - sahabatku :

          Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        kerana syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SIHAT
       kerana syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan
        Harta Kekayaaan
          Sebab
    Si kaya pun tidak pernah
     menyiapkan Kain Kafan
          buat dirinya
      meski cuma Selembar.

      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan tidak suka dgn Nasihatmu

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
     dan menyebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
          oleh NYA

          Sahabat - sahabatku :

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga
      matahari terbenam,
  'Amalku tidak! bertambah
          sedikitpun,
  padahal aku tahu saat ini
       umurku berkurang".

Renung-renungkanlah ..

Monday 4 July 2016

Ramadhan seorang diri yg terakhir buat diriku

Assalam..
Rasa lma bebenor xbuka blog nie..dh berhabuk rasanya..huhu..sebenarny xdk bnda pn nk share..sja nk mnyemak blog ja..hehe..
Cuma nk bgitwu, besok ramadhan yg trakhir utk tahun nie sebelum kita nk menyambut aidilfitri..
Besok jugak merupakan ramadhan yg terakhir buat diriku yg single nie..in syaa Allah jika diizin Allah, ramadhan tahun depan berdua..hehe..kalu da rezeki lebih bertiga..

Di kesempatan ini sya dgn rsa rendah diri ingin menyusun 10 jari meminta kemaafan sekira nya terkasar bahasa, terlajak perbuatan, terumpat yg xsepatut ny...

Andai Satria pintunya dua,
Proton Wira empatlah pula,
Mari bermaafan sesama kita,
Pada Syawal yang bakal menjelma pula..

Mivec bunyinya perang,
Tapi tak setanding VR4 yg digilai,
Puasa bakal menjelang,
Raya pula mulai datang lagi

Lancer seindah rupa,
Hebat lagi GSR kuasa turbonya,
Kalau tuan tidak puasa,
Jangan nak bermegah berhari raya

EVO banyak jenisnya,
EVO 3 jugak ramai yg suka,
Jangan hanya bersalam saja,
Duit raya dan angpau turutlah serta.

VR4 indah ditenung,
Mesinnya mmg laju gila,
Bila memandu pulang ke kampung,
Berhati-hatilah di jalan raya.

Wira memanglah hebat,
Ekzos standard bunyinya memang tak kuat,
Nak bermaafan dah tak sempat
Pakai msg pun kira ok what?

Proton Wira nampak gagah perkasa,
Sesuai untuk pergi berarak,
Maaf andai terkasar bahasa,
Saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan aL-Mubarak !!

Andai kata Disepanjang Persahabatan Kita ada terkasar bahasa,segala makan minum,umpat2 blkg,harap dihalal & dimaafkan.. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI YG MULIA

Friday 20 November 2015

THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..

Photobucket

I was on my way home, naik LRT..
Turun tangga..nak tunggu lrt..smbil pegang buku ISLAM : THE MISUNDERSTOOD RELIGION karya DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN sebab nak habiskan baca..
Time turun tangga tu dah prasan dah ada org perhati..turun2 tangga je kne lalu depan org yg perhati tadi..lelaki.
dia sgt berminat tengok buku yg
sy pegang tu..tp sy buat biasa je la..

Suddenly..
A ( lelaki tadi ) : Assalamualaikum
Tapi sy x dgr sgt..then dia repeat ..
" Assalamualaikum "

*dalam hati.."eh..dia Muslim ke?"
B ( Me ) : Waalaikumussalam

A : You read that book? about Islam? you're Muslim right?

B : yeah..Alhamdulillah,i'm Muslim..
This book?ouh,juz to gain more knowledge about Islam to help me explain about this religion to the non-Muslims..

A : ouh..haha..funny right,Islam is there,but not Muslim..
( * time ni sy x clear sgt apa dia cakap )

B : where are you from?

A : I'm from Palestine

B : Palestine?really??are you Muslim?

A : I was, but then I changed.

B : u changed? do u mean have converted?

A : yeah..now I'm free..a free thinker..

B : but why?

A : hmm..THERE'S ISLAM..BUT THERE'S NO MUSLIM IN THIS WORLD..

B : wait..what are u trying to say?

A : ouh my god,u didn't understand me..
B : no, no, just confused, do u mean..THERE'S NO REAL MUSLIM NOWADAYS?

A : yeah..hmm..Islam is the best religion right..the real religion, you know right??

B : yeah..I know..and I Believe..

A : me too,I believed but..huh..there's no Muslim..

Die nak cakap..dunia sekarang ni TAK WUJUD DAH INSAN YANG BERGELAR MUSLIM..ISLAM ADA, TP MUSLIM DAH TAKDE

Then..sy trus tanya..
B : if u said so, why don't u try to be one? the real Muslim I mean..

A : huh..good question..hmm..TO BE THE REAL MUSLIM IN THIS WORLD,IT'S IMPOSSIBLE..IF YOU WANNA BE THE REAL MUSLIM, YOU CAN'T LIVE HERE,YOU CAN'T LIVE IN THIS WORLD..EVERYTHING CHANGED SISTER..THIS
WORLD WAS SO CRUEL TO US, THEY CLAIM US AS TERRORISTS..

Sy terdiam..terpaku..terkaku..mcm2 benda dtg singgah kat otak..tp x tau nak cakap apa..otak jam..
Dia smbung lg..

A : I saved half of Al-Quran in my heart..my mind..I'm a HAFIZ also..I wanna ask you, you pray 5 times a day, right?

B : yeah,alhamdulillah

A : we face the Kaabah as our direction for solah..where's our FIRST QIBLAH?

B : Masjid Al-Aqsa..Baitul Maqdis??

A : yeah,but now it's sold,it's sold,it's sold sister, the jews conquered it..
( * muka dia mcm kecewa )

Tetiba...
A : i'll stop at KLCC

B : ouh,ok..
( sy proceed baca buku tadi..time tu part JESUS, SON OF GOD )

Die trus tanya..
A : where's JESUS born?

B : I don't know..where?

A : you don't know? but u called yourself Muslim..he was born at (apa ntah nama tmpat dia..x clear sgt sbb bising dalam lrt )

B : where is it??

A : uhhhhh sisterrrr read more..read more..then u'll know..I'm right..THERE'S NO MUSLIM NOWADAYS..

Sy diam je..cara dia nmpak mcm nak test sy je sbenarnya..hmm..sy sambung baca..lrt smpai kat KLCC

A : tq sister,i've got to go,read more..

Saye pon duduk sbb ada tmpat kosong..Then..terngiang2 kat telinga..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
Tengok sekeliling..
Perempuan free hair..
Lelaki pakai subang,rantai..
Perempuan pakai baju ketat2..
Lelaki pakai short..
tibe2..
Drop..by drop..by drop..makin laju..
Btol..sy x nampak sesape pon yg berperwatakan macam Muslim..
Even me..
Rasulullah cakap..
" ALMUSLIM MAN SALIMAL MUSLIM BILISANIHI WAYADIH "
" Muslim itu ialah yang menyelamatkan muslim yang lain menggunakan lidah dan tangannya "
Tapi apa yg sy buat bila nmpak saudara seIslam yg lain sedang berjalan ke neraka??
Sy biarkan..sy x selamatkan..

Am I still a Muslim in your eyes ya Allah? ya Rasulullah??

Rasulullah cakap.."Muslim itu bukan seorang yang menghina"
Berapa ramai antara kita mengaku MUSLIM tapi selalu menghina??
Muslim itu mengucap dua kalimah
syahadah..berapa ramai yang betul2 faham syahadah yang diucapkan??
ASYHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH?

Muslim itu yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam..
berapa ramai lagi yang kantoi
solat 5 waktu??
Still brani mengaku MUSLIM..
Brape ramai yg solatnya di awal waktu?
Brape ramai yg btol2 faham ape yg dibaca dalam solat tu?
Part ni pon kita x lepas..apa ntah lagi pasal solat2 yg lain..
SOLAT JAMA',SOLAT QASAR,SOLAT KHAUF,SOLAT WAKTU SAKIT..
kalau org tanya..kite boleh jawab?
Saye pon x lepas..bab solat pon sangkut..
Muslim tu yg membayar zakat..berapa ramai still tahan harta utk bayar zakat?
Brape ramai yg btol2 faham zakat tu ape?
Brape rmai yg boleh explain ape tu zakat??
Saye pon x boleh..hmm..pasal rukun Islam pon x lepas..
Muslim tu yg berpuasa pada bulan Ramadhan..
Brape ramai yg still x puasa?
Brape ramai yang dapat capai matlamat puasa ( taqwa ) ??
Brape ramai boleh explain perihal puasa btol2??
Bila orang tanya..kite terdiam..pegi refer ustaz,ustazah..
Mengaku ISLAM..rukun Islam x lepas..
Muslim tu mengerjakan haji bila mampu..
Berapa ramai yg dapat duit mendahulukan vacation ke tmpat lain drpd pegi haji?
Brape ramai tau perihal haji Rasulullah?
Brape ramai tau haji ni ape sbnarnya?
Brape ramai dpt explain pasal haji kalau org tanya?
Sy pon fail..banyak benda xtau..
Kita sibuk menjangkau ilmu2 lain..
ILMU TENTANG RUKUN ISLAM PON KITA TAK LEPAS..
Dlm alQuran disebut..Muslim itu org yg
bertawakkal kat Allah..org yg berharap kat Allah..
Brape ramai yg meletakkan harapan kat
manusia?
Brape rmai yg brharap pncuci muka dpt
mmbersihkan mukanya?
Brape rmai yg brharap duit dpt membahagiakan hidupnya?
Ramai..
Nak jadi Muslim yg baik pon kita x lepas..apa tah lagi nak jadi Mu'min..MUHSIN? Allah..x tau bila..
Still ramai lagi yg bermentaliti nak jadi MUSLIM yg biasa2 je..
Kita lupa..kita kat akhir zaman..macam2 ujian datang..iman yg biasa2 x dapat selamatkan kita..
Again..DUNIA SEKARANG MEMANG KEJAM DENGAN MUSLIM..TAPI INGAT..BUKAN SENGAJA ALLAH CIPTAKAN KITA KAT ZAMAN NI..
KITA MAMPU..SEBAB TU ALLAH IZINKAN KITA HIDUP DI ZAMAN FITNAH NI..
Muslim itu akan muncul..
Bila kite sedar yg kita belum lagi the real Muslim..
Orang yang sedar itu dia bertindak..
Orang yang setakat tahu..hanya berdiam diri..
Kekuatan bukan ditunggu..tapi dicari..
Ilmu juga bukan ditunggu..tapi dicari..
JANGAN RASA SELAMAT DENGAN IMAN YANG SEKELUMIT..

 Kalau Nak BI anda Bagus, Baca Ni!!! 
        
 Please read this to the end.

 You hardly have time for Allah. He loves you and always blesses you. He is always with you. I need you to spend 30 minutes of your time with Him today. Don't pray. Just praise. Today I want this message across the world before midnight. Will you help? Please do not cut it, He always helps you with something that you are in need of. Please, drop everything & pass it on. Don't break this chain. Why do we feel sleepy in Prayer, But stay awake through a 3 hour movie? Why are we so bored when we look at the AL-QURAN, But find it easy to read other books? Why is it so easy to ignore a msg about Allah, Yet we forward the nasty ones? Why are Prayers getting smaller, But bars and clubs are expanding? Why is it so easy to worship a celebrity, But very difficult to engage with Allah? Think about it, are you going to forward this? Are you going to ignore it, because, you think you will get laughed at? Forward this to all your friends. 80% of you won't forward this. Allah said: If you deny me in front of your friends, I will deny you on the day of judgment: When one door closes, Allah opens two: If ALLAH  has opened doors for you, send this message to everyone including me... Allah has no BLACKBERRY but He's my favorite contact. He is not on TWITTER but I still follow Him. & even without the INTERNET I am always connected to Him. He is not on WHATSAPP but, He's always online. Send this to everyone, including me. If Allah has helped you, and been there for you in every step of your life. :) 😢



Wednesday 6 May 2015

Yang Pasti Itu Mati, Yang Tidak Pasti Itu Bila....

Photobucket
28/4/2015

Abah ada appointment dgn doktor di hospital pada pagi 28/4/2015. Tergerak hati nak tel adik..tetapi dapt berita yang kurang enak didengar.. Adik bgtaw dy ngh buzy menguruskan abah yang telah ditahan wad akibat daripada kekurangan darah.. Tanpa berlengah lagi dial no abah..

Aku : Assalam..Abah sihat??
Abah : Wasalam..Abah sihat..
Aku : Betol ka nie sihat?? Suara pelik ja??(suara abah serak2 dan perlahan)
Abah : Sihat..Sakit anak tekak..tu yang susah sikit nk bercakap..
Aku : Owh, patut la..da di mana nie?? (jauh didalam hati aku dapat merasakan abah kurang sihat seperti hari2 kebiasaan)
Abah : Da di Langkawi la??
Aku : Duk wat pa??
Abah : xwat pa pn..duk rehat2 ja..
Aku : Dengaq cerita kena tahan wad..
Abah : Doktor bagi rehat..
Aku : Owh..Xpala.. Nanti Amin tel lain.. (kesian dengan abah, nak bercakap pn terseksa akibat sakit tekak)
Abah : ok..Keja elok2..assalam
Aku : ok..Wasalam..


29/4/2015

Aku : Assalam..mak dah sampai ka?? (Emak berada di Perak bagi menguruskan majlis walimatul Urus adik perempuan pada 2/5/2015)
Emak : Wasalam..mak dah sampai magrib td..
Aku : Abah mcm mana??dh tambah darah ka??
Emak : Doctor ckp abah dh nampak sihat cikit..xmcm semalam..semalam lagi teruk..ari nie dh nmpk sikit perubahan..dah tambah darah 2 pain..kalu stabil, besok mungkin boleh keluar..
Aku : Owh..besok spa p mbek depa (abah n adik)??
Emak : kita la p mbek depa..
Aku : tp besok amin keja mak..amin cuti ahad ja
Emak : xpa,dreba banyak cni..adik jai pn bley p mbek depa..
Aku :owh..xpala..besok tgk la cmna..kalu sempat amin dreba la..
Emak : xpa2..da mna nie??dh mkn??
Aku : Kt tempat kja la..blom lg..duk tunggu lori..da lg 5 6 lori lg..
Emak : dh pkul brp nie..t dh abis keja p mkn trus..(jam menunjukkan pukul 2205)
Aku : yela..lpas settle keja Amin p makan..
Emak : ok..keja leklok..ati drive blik..
Aku : baikkk..t amin tel lain..assalam..
Emak : wasalam..


30/4/2015

Adik di Langkawi tel pada jam 0530 memberitahu supaya gerak mak dgn nada yang agak cikit berbeza..

Adik 2 : assalam..
Aku : wasaalm..
Adik 2 : tlg kejut mak sat..
Aku : Npa nie??
Adik 2 : Abah koma..doktor sroh semua blik langkawi..
Aku : ok2..
Terus meletak tel dan mendail adik yg berada dengan emak dan menyusah dia kejut emak dan menelefon adik di Langkawi..

Lebih kurang pukul 0600, adik yang berada di perak menefon dan bertanya sama ada hendak ekot blik lagkawi atau x..

Adik : assalam..keja x ari nie??
Aku : wasalam..keja la..
Adik : pastu cmna??nk ekot balik langkawi x tgk abah??
Aku : nak la..mai mbek aq kt kulim..xpa2..aq minx EL ari nie..

Lebih kurang jam 0630

Adik 2 : Assalam..abang..abah dah xdak..
Aku : wasalam..ag biaq betol..jgn main2..
Adik 2 : Betol..doktor dah sah kan..

Tiba2 terasa dunia seakan2 gelap..satu berita yang tidak mahu didengari oleh semua orang..kehilangan seorang ayah yang telah dijemput oleh Pencipta..susah untuk digambarkan suasana dan perasaan ketika itu..hanya yg ku mampu linangan ari mata membasahi pipi..
Arwah abah telah dibawa ke tanah perkuburan islam serdang kedah..dan disemadikan di sebelah arwah tokwan (ayah abah) dan sekitar arwah tok (emak abah) selepas asar..


2/5/2015

Kenduri Walimatul urus adik tetap diteruskan atas permintaan abah..abah pernah berkata “kalu abah xkluar wad pn teruskn ja majlis 2”.. Alhamdullilah, kenduri tersebut berjalan dengan lancar..tetapi kurang meriah disebabkan kehilangan abah 2 hari sebelum kenduri adik..




Beberapa bulan yang lalu, hatiku berat untuk menyambung pelajaranku..walaupun sedah menerima tawaran kemasukan, tetapi hatiku berbelah bahagi..hanya istiqarah menjadi perantaraan..aku mengikut kata hati untuk tidak meneruskan niat hati menyambung pelajaran..walaupun itu merupakan impian aku untuk belajar sehingga ke puncak..Abah terus memberikan galakan untuk aku meneruskan niat aku menyambung pelajaran ku ketahap yang lebih tinggi..Abah selalu berkata, “xpa, sambung ja..xdk duit abah boleh cari”..seringkali ayat tersebut ku dengari sejak dari bangku sekolah lagi..

Ada hikmah di setiap kejadian..Allah memberikan kepada ku beberapa bulan untuk aku melepaskan rindu kepada arwah ayahku..kini ku tahu kenapa hatiku berat ketika itu..genap umorku 25 thun 8 hari, ayahku dipanggil mengahad ilahi..kehilangan nya amat terasa..tempoh 25 tahun amat singkat, tetapi memiliki kenangan yang sukar untuk dilupakan..abah selalu berkata, “bila agaknya abah boleh merasa gaji pertama”.. tetapi apabila aku memperolehi gaji pertamaku, abah pergi meninggalku buat selama-lamanya.. :( ..

Kini semua terletak di bahu aku kerana aku merupakan anak sulong abah dan emak..memang sukar untuk menjadi pelindung dan tempat bergantung kepada emak dan adik2 aku yang masih bersekolah..emak aku hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa..tetapi itu merupakan tanggung jawab aku sebagai anak sulong..aku harus kuatkan semangat agar adik2 aku yang sedang bersekolah lebih semangat..

Hanya gambar yang mampu aku tatap..tiada lagi gelak tawa, senda gurau, lawak jenaka dari seorang ayah kepada seorang anak.. Aku bersyukur kepadaMu kerana telah meminjamkan seorang ayah seperti dia, Hashim bin Mat (24/5/1960 – 30/4/2015)..Hanya yang ku mampu berikan adalah iringan doa dan alunan Al-Fatihah untukmu dari seorang anak..Hari ini genap seminggu arwah abah pergi meninggalkn dunia ini yang hanyalah sementara.. Al-Fatihah..




Al-Fatihah...



Saya waris Hashim bin Mat, ingin memohon maaf sekiranya ketika hidup arwah pernah menyakiti perasaan semua yang mengenali arwah sama ada secara sengaja @ tidak sengaja, dan menghalalkan apa yang boleh dihalalkan..

Al-Fatihah....

Hashim Bin Mat
(24/5/1960 - 30/4/2015)



Sunday 8 February 2015

Sunnah dalam berpakaian - Cara Rasulullah berpakaian-

Photobucket
''Ok lah,untuk penutup minggu ni,saya nak share lagi ilmu berkaitan amalan sunnah nabi kita yang mulia, ilmu ini insyallah bermanfaat utk pencinta sunnah nabi tapi akan menjadi barah hati bagi pembenci sunnah nabi dan golongan "islam itu mudah"...


Sunnah untuk kali ni ialah sunnah dalam berpakaian:

1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian panjang:jubah).

2)Kurta nabi tidak panjang sampai tutup buku lali,tapi separuh betis dan semuanya berlengan panjang,tiada lengan pendek,dan panjang lengan tidak melepasi pergelangan tangan.

3)Nabi akan mula pakai semua pakaian bermula dengan kanan termasuk memulakan pakai selipar dengan kaki kanan.

4)Nabi pernah pakai kurta/jubah yang sedikit ketat di pergelangan tangan ketika bermusafir.(macam zaman sekarang kita ada jubah yang ada butang kat pergelangan tangan).

5)Nabi pernah pakai jubah/kurta yang ada design dan juga pernah pakai jubah/kurta plain/kosong.

6)Nabi selalu membawa shawl bersama macam ust don tu dan shawl nabi selalunya berwarna(bukan putih).

7)Memakai jubah/kurta bertampal adalah sunnah nabi dan sahabatnya.(Kalau terkoyak jangan beli baru tapi tampal)

8)Shawl nabi berukuran 6 hasta panjang dan 3 hasta + 1 jengkal lebar.

9)Nabi suka jubah/kurta warna putih.

10) Ada riwayat yang menyatakan para sahabat nabi pernah memakai pakaian bewarna hitam dan shawl nabi juga bewarna hitam(macam saya punya,tengak gambar saya kat wall ada shawl saya buat tutup mulut).

11) Nabi tak suka lelaki pakai baju warna merah terang sebab merah warna kesukaan syaitan.

12)Nabi sentiasa memakai kain pelikat(macam saya jugak,hehehe) tapi kain pelikat nabi tidak berjahit,panjangnya 4 hasta + 1 jengkal dan lebarnya 2 hasta.

13)Nabi pakai kain pelikat tidak melebihi buku lali dan tingginya sehingga separuh betis(ramai orang malu nak pakai mcm ni,tapi TIDAK BAGI PECINTA NABI!)

14)Nabi telah bersabda yang kain jubah/seluar/kain pelikat yang melebihi buku lali kerana sombong akan disambar api neraka dan pelakunya tak kan bau syurga.

15)Para malaikat juga memakai kain hingga separuh betis bagi mengikuti sunnah baginda saw.

16)Pakai seluar adalah sunnah para sahabat nabi dan diriwayatkan bahawa manusia pertama pakai seluar ialah nabi ibrahim a.s.

17)Kopiah nabi dan sahabat melekat di kepala,yakni tidak tinggi dan ketat melekat hingga nampak bentuk kepala.tapi ketika bermusafir,nabi akan pakai kopiah yang tinggi tajam.

18)Nabi selalu pakai serban putih ketika bermusafir dan pakai serban hitam jika tak bermusafir.warna serban nabi yang dijumpai dalam riwayat ialah putih,hitam dan kuning cair.

19)Panjang serban nabi ialah 7 hasta panjang dan sehasta lebar.ada juga pendapat menyatakan panjangnya 12 hasta.dan serban nabi dinamakan 'sahaab' dan sunnah memakai serban dalam keadaan berdiri manakala pakai seluar pula sunnah dalam keadaan duduk.

20)Nabi ada pakaian khusus yang cuma dipakai pada hari jumaat,hari raya dan untuk sambut tetamu.





Jangan cuma baca dan cakap waaa ilmu baruuuu!

Tapi baca dan juga AMAL!!!!

Kalau tak amal,saya malas dah nak ajar korang pasal sunnah..pakaian yahudi nasrani semua kita agungkan,pakaian nabi kita,kita buang dalam longkang,sapa nak amal kalau bukan orang islam sendiri?nak tunggu mutusamy dan ah chong amal benda ni?aduhai...''