Intro
Sebuah coretan luahan hati dan perasaan... Mohon maaf jika terkasar bahasa, tidak terlintas untuk menyentuh perasaan semua...
Friday 20 November 2015
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
Wednesday 6 May 2015
Yang Pasti Itu Mati, Yang Tidak Pasti Itu Bila....
28/4/2015
Abah ada appointment dgn doktor di hospital pada pagi
28/4/2015. Tergerak hati nak tel adik..tetapi dapt berita yang kurang enak
didengar.. Adik bgtaw dy ngh buzy menguruskan abah yang telah ditahan wad
akibat daripada kekurangan darah.. Tanpa berlengah lagi dial no abah..
Aku : Assalam..Abah sihat??
Abah : Wasalam..Abah sihat..
Aku : Betol ka nie sihat?? Suara pelik ja??(suara abah
serak2 dan perlahan)
Abah : Sihat..Sakit anak tekak..tu yang susah sikit nk
bercakap..
Aku : Owh, patut la..da di mana nie?? (jauh didalam hati aku
dapat merasakan abah kurang sihat seperti hari2 kebiasaan)
Abah : Da di Langkawi la??
Aku : Duk wat pa??
Abah : xwat pa pn..duk rehat2 ja..
Aku : Dengaq cerita kena tahan wad..
Abah : Doktor bagi rehat..
Aku : Owh..Xpala.. Nanti Amin tel lain.. (kesian dengan
abah, nak bercakap pn terseksa akibat sakit tekak)
Abah : ok..Keja elok2..assalam
Aku : ok..Wasalam..
29/4/2015
Aku : Assalam..mak dah sampai ka?? (Emak berada di Perak bagi menguruskan majlis walimatul Urus adik perempuan pada 2/5/2015)
Emak : Wasalam..mak dah sampai magrib td..
Aku : Abah mcm mana??dh tambah darah ka??
Emak : Doctor ckp abah dh nampak sihat cikit..xmcm
semalam..semalam lagi teruk..ari nie dh nmpk sikit perubahan..dah tambah darah
2 pain..kalu stabil, besok mungkin boleh keluar..
Aku : Owh..besok spa p mbek depa (abah n adik)??
Emak : kita la p mbek depa..
Aku : tp besok amin keja mak..amin cuti ahad ja
Emak : xpa,dreba banyak cni..adik jai pn bley p mbek depa..
Aku :owh..xpala..besok tgk la cmna..kalu sempat amin dreba
la..
Emak : xpa2..da mna nie??dh mkn??
Aku : Kt tempat kja la..blom lg..duk tunggu lori..da lg 5 6
lori lg..
Emak : dh pkul brp nie..t dh abis keja p mkn trus..(jam
menunjukkan pukul 2205)
Aku : yela..lpas settle keja Amin p makan..
Emak : ok..keja leklok..ati drive blik..
Aku : baikkk..t amin tel lain..assalam..
Emak : wasalam..
30/4/2015
Adik di Langkawi tel pada jam 0530 memberitahu supaya gerak mak dgn nada yang agak cikit berbeza..
Adik 2 : assalam..
Aku : wasaalm..
Adik 2 : tlg kejut mak sat..
Aku : Npa nie??
Adik 2 : Abah koma..doktor sroh semua blik langkawi..
Aku : ok2..
Terus meletak tel dan mendail adik yg berada dengan emak dan
menyusah dia kejut emak dan menelefon adik di Langkawi..
Lebih kurang pukul 0600, adik yang berada di perak menefon
dan bertanya sama ada hendak ekot blik lagkawi atau x..
Adik : assalam..keja x ari nie??
Aku : wasalam..keja la..
Adik : pastu cmna??nk ekot balik langkawi x tgk abah??
Aku : nak la..mai mbek aq kt kulim..xpa2..aq minx EL ari
nie..
Lebih kurang jam 0630
Adik 2 : Assalam..abang..abah dah xdak..
Aku : wasalam..ag biaq betol..jgn main2..
Adik 2 : Betol..doktor dah sah kan..
Tiba2 terasa dunia seakan2 gelap..satu berita yang tidak
mahu didengari oleh semua orang..kehilangan seorang ayah yang telah dijemput
oleh Pencipta..susah untuk digambarkan suasana dan perasaan ketika itu..hanya
yg ku mampu linangan ari mata membasahi pipi..
Arwah abah telah dibawa ke tanah perkuburan islam serdang
kedah..dan disemadikan di sebelah arwah tokwan (ayah abah) dan sekitar arwah
tok (emak abah) selepas asar..
2/5/2015
Kenduri Walimatul urus adik tetap diteruskan atas permintaan abah..abah pernah berkata “kalu abah xkluar wad pn teruskn ja majlis 2”.. Alhamdullilah, kenduri tersebut berjalan dengan lancar..tetapi kurang meriah disebabkan kehilangan abah 2 hari sebelum kenduri adik..
Beberapa bulan yang lalu, hatiku berat untuk menyambung
pelajaranku..walaupun sedah menerima tawaran kemasukan, tetapi hatiku berbelah
bahagi..hanya istiqarah menjadi perantaraan..aku mengikut kata hati untuk tidak
meneruskan niat hati menyambung pelajaran..walaupun itu merupakan impian aku
untuk belajar sehingga ke puncak..Abah terus memberikan galakan untuk aku
meneruskan niat aku menyambung pelajaran ku ketahap yang lebih tinggi..Abah
selalu berkata, “xpa, sambung ja..xdk duit abah boleh cari”..seringkali ayat
tersebut ku dengari sejak dari bangku sekolah lagi..
Ada hikmah di setiap kejadian..Allah memberikan kepada ku
beberapa bulan untuk aku melepaskan rindu kepada arwah ayahku..kini ku tahu
kenapa hatiku berat ketika itu..genap umorku 25 thun 8 hari, ayahku dipanggil
mengahad ilahi..kehilangan nya amat terasa..tempoh 25 tahun amat singkat,
tetapi memiliki kenangan yang sukar untuk dilupakan..abah selalu berkata, “bila
agaknya abah boleh merasa gaji pertama”.. tetapi apabila aku memperolehi gaji
pertamaku, abah pergi meninggalku buat selama-lamanya.. :( ..
Kini semua terletak di bahu aku kerana aku merupakan anak
sulong abah dan emak..memang sukar untuk menjadi pelindung dan tempat
bergantung kepada emak dan adik2 aku yang masih bersekolah..emak aku hanyalah
seorang suri rumah sepenuh masa..tetapi itu merupakan tanggung jawab aku
sebagai anak sulong..aku harus kuatkan semangat agar adik2 aku yang sedang
bersekolah lebih semangat..
Hanya gambar yang mampu aku tatap..tiada lagi gelak tawa,
senda gurau, lawak jenaka dari seorang ayah kepada seorang anak.. Aku bersyukur
kepadaMu kerana telah meminjamkan seorang ayah seperti dia, Hashim bin Mat
(24/5/1960 – 30/4/2015)..Hanya yang ku mampu berikan adalah iringan doa dan
alunan Al-Fatihah untukmu dari seorang anak..Hari ini genap seminggu arwah abah pergi meninggalkn dunia ini yang hanyalah sementara.. Al-Fatihah..
Al-Fatihah...
Saya waris Hashim bin Mat, ingin memohon maaf sekiranya ketika hidup arwah pernah menyakiti perasaan semua yang mengenali arwah sama ada secara sengaja @ tidak sengaja, dan menghalalkan apa yang boleh dihalalkan..
Hashim Bin Mat
(24/5/1960 - 30/4/2015)
Sunday 8 February 2015
Sunnah dalam berpakaian - Cara Rasulullah berpakaian-
''Ok lah,untuk penutup minggu ni,saya nak share lagi ilmu
berkaitan amalan sunnah nabi kita yang mulia, ilmu ini insyallah bermanfaat utk
pencinta sunnah nabi tapi akan menjadi barah hati bagi pembenci sunnah nabi dan
golongan "islam itu mudah"...
Sunnah untuk kali ni ialah sunnah dalam berpakaian:
1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian
panjang:jubah).
2)Kurta nabi tidak panjang sampai tutup buku lali,tapi separuh
betis dan semuanya berlengan panjang,tiada lengan pendek,dan panjang lengan
tidak melepasi pergelangan tangan.
3)Nabi akan mula pakai semua pakaian bermula dengan kanan
termasuk memulakan pakai selipar dengan kaki kanan.
4)Nabi pernah pakai kurta/jubah yang sedikit ketat di
pergelangan tangan ketika bermusafir.(macam zaman sekarang kita ada jubah yang
ada butang kat pergelangan tangan).
5)Nabi pernah pakai jubah/kurta yang ada design dan juga
pernah pakai jubah/kurta plain/kosong.
6)Nabi selalu membawa shawl bersama macam ust don tu dan
shawl nabi selalunya berwarna(bukan putih).
7)Memakai jubah/kurta bertampal adalah sunnah nabi dan
sahabatnya.(Kalau terkoyak jangan beli baru tapi tampal)
8)Shawl nabi berukuran 6 hasta panjang dan 3 hasta + 1
jengkal lebar.
9)Nabi suka jubah/kurta warna putih.
10) Ada riwayat yang menyatakan para sahabat nabi pernah
memakai pakaian bewarna hitam dan shawl nabi juga bewarna hitam(macam saya
punya,tengak gambar saya kat wall ada shawl saya buat tutup mulut).
11) Nabi tak suka lelaki pakai baju warna merah terang sebab
merah warna kesukaan syaitan.
12)Nabi sentiasa memakai kain pelikat(macam saya
jugak,hehehe) tapi kain pelikat nabi tidak berjahit,panjangnya 4 hasta + 1
jengkal dan lebarnya 2 hasta.
13)Nabi pakai kain pelikat tidak melebihi buku lali dan
tingginya sehingga separuh betis(ramai orang malu nak pakai mcm ni,tapi TIDAK
BAGI PECINTA NABI!)
14)Nabi telah bersabda yang kain jubah/seluar/kain pelikat
yang melebihi buku lali kerana sombong akan disambar api neraka dan pelakunya
tak kan bau syurga.
15)Para malaikat juga memakai kain hingga separuh betis bagi
mengikuti sunnah baginda saw.
16)Pakai seluar adalah sunnah para sahabat nabi dan
diriwayatkan bahawa manusia pertama pakai seluar ialah nabi ibrahim a.s.
17)Kopiah nabi dan sahabat melekat di kepala,yakni tidak
tinggi dan ketat melekat hingga nampak bentuk kepala.tapi ketika
bermusafir,nabi akan pakai kopiah yang tinggi tajam.
18)Nabi selalu pakai serban putih ketika bermusafir dan pakai
serban hitam jika tak bermusafir.warna serban nabi yang dijumpai dalam riwayat
ialah putih,hitam dan kuning cair.
19)Panjang serban nabi ialah 7 hasta panjang dan sehasta
lebar.ada juga pendapat menyatakan panjangnya 12 hasta.dan serban nabi dinamakan
'sahaab' dan sunnah memakai serban dalam keadaan berdiri manakala pakai seluar
pula sunnah dalam keadaan duduk.
20)Nabi ada pakaian khusus yang cuma dipakai pada hari
jumaat,hari raya dan untuk sambut tetamu.
Jangan cuma baca dan cakap waaa ilmu baruuuu!
Tapi baca dan juga AMAL!!!!
Kalau tak amal,saya malas dah nak ajar korang pasal
sunnah..pakaian yahudi nasrani semua kita agungkan,pakaian nabi kita,kita buang
dalam longkang,sapa nak amal kalau bukan orang islam sendiri?nak tunggu
mutusamy dan ah chong amal benda ni?aduhai...''
Sunday 25 January 2015
FAIL, END, NO.....
Sunday 4 January 2015
Successsssssssssss......
Friday 2 January 2015
Salam Maulidur Rasul 2015 / 1436H
Salam Maulidur Rasul.
Marilah sama-sama kita mengingati perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad
SAW dalam menegakkan syiar Islam. Ya Rasulullah, besarnya pengorbananmu
untuk umatmu..
Tarikh dan Tema sambutan
Maulidur Rasul 2015/ 1436H di Malaysia. Menerusi takwim Islam 1436H, tarikh
sambutan Maulidur Rasul jatuh pada hari Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan
dengan 12 Rabiulawal 1436H. Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 adalah
“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Bagi umat Islam, Maulidur Rasul adalah
adalah hari bersejarah keputeraan atau kelahiran Nabi Muhammad. Baginda adalah
nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT
Semoga kita semua tergolong dalam
golongan umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat daripada Baginda…aamiin..
Subscribe to:
Posts (Atom)