Intro

Sebuah coretan luahan hati dan perasaan... Mohon maaf jika terkasar bahasa, tidak terlintas untuk menyentuh perasaan semua...

Sunday 25 January 2015

FAIL, END, NO.....

Photobucket


Jika kamu fail (gagal), maka janganlah berputus asa,
kerana Fail bermaksud First Attempt in Learning ( Langkah Pertama Dalam Pembelajaran).

End (tamat) pula bukanlah suatu pengakhiran tetapi
End bermaksud Effort Never Die (Usaha Tidak Akan Mati/Berakhir).

Sekiranya kamu memiliki No (Tidak) sebagai jawapan,
Ingatlah la No bermaksud Next Opportunity (Peluang Seterusnya).


Sunday 4 January 2015

Successsssssssssss......

Photobucket


Satu perkataan yang begitu mudah, 
Berkata-kata dengan petah,
Seringkali bermain di bibir yang merah,
Namun hanyalah gambaran yang indah.

Usaha itu tangga kejayaan,
Pembakar semangat motivasi perjuangan,
Namun perit harus ditelan,
Sebelum merasa nikmat kemanisan.

Semakin jauh langkahan kaki,
Semakin banyak onak duri,
Harus ditempuh dengan berani,
Realitinya pelbagai rintangan perlu dilalui.

Bersabarlah wahai diriku ini,
Kejayaan itu sedang menanti,
Selagi berpegang pada janji,
Sentiasalah berdoa usah berhenti.

Friday 2 January 2015

Salam Maulidur Rasul 2015 / 1436H

Photobucket

Salam Maulidur Rasul. Marilah sama-sama kita mengingati perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam. Ya Rasulullah, besarnya pengorbananmu untuk umatmu..


Tarikh dan Tema sambutan Maulidur Rasul 2015/ 1436H di Malaysia. Menerusi takwim Islam 1436H, tarikh sambutan Maulidur Rasul jatuh pada hari Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1436H. Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 adalah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Bagi umat Islam, Maulidur Rasul adalah adalah hari bersejarah keputeraan atau kelahiran Nabi Muhammad. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT


Semoga kita semua tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat daripada Baginda…aamiin..