''Ok lah,untuk penutup minggu ni,saya nak share lagi ilmu
berkaitan amalan sunnah nabi kita yang mulia, ilmu ini insyallah bermanfaat utk
pencinta sunnah nabi tapi akan menjadi barah hati bagi pembenci sunnah nabi dan
golongan "islam itu mudah"...
Sunnah untuk kali ni ialah sunnah dalam berpakaian:
1)Pakaian yang nabi paling suka ialah kurta(pakaian
panjang:jubah).
2)Kurta nabi tidak panjang sampai tutup buku lali,tapi separuh
betis dan semuanya berlengan panjang,tiada lengan pendek,dan panjang lengan
tidak melepasi pergelangan tangan.
3)Nabi akan mula pakai semua pakaian bermula dengan kanan
termasuk memulakan pakai selipar dengan kaki kanan.
4)Nabi pernah pakai kurta/jubah yang sedikit ketat di
pergelangan tangan ketika bermusafir.(macam zaman sekarang kita ada jubah yang
ada butang kat pergelangan tangan).
5)Nabi pernah pakai jubah/kurta yang ada design dan juga
pernah pakai jubah/kurta plain/kosong.
6)Nabi selalu membawa shawl bersama macam ust don tu dan
shawl nabi selalunya berwarna(bukan putih).
7)Memakai jubah/kurta bertampal adalah sunnah nabi dan
sahabatnya.(Kalau terkoyak jangan beli baru tapi tampal)
8)Shawl nabi berukuran 6 hasta panjang dan 3 hasta + 1
jengkal lebar.
9)Nabi suka jubah/kurta warna putih.
10) Ada riwayat yang menyatakan para sahabat nabi pernah
memakai pakaian bewarna hitam dan shawl nabi juga bewarna hitam(macam saya
punya,tengak gambar saya kat wall ada shawl saya buat tutup mulut).
11) Nabi tak suka lelaki pakai baju warna merah terang sebab
merah warna kesukaan syaitan.
12)Nabi sentiasa memakai kain pelikat(macam saya
jugak,hehehe) tapi kain pelikat nabi tidak berjahit,panjangnya 4 hasta + 1
jengkal dan lebarnya 2 hasta.
13)Nabi pakai kain pelikat tidak melebihi buku lali dan
tingginya sehingga separuh betis(ramai orang malu nak pakai mcm ni,tapi TIDAK
BAGI PECINTA NABI!)
14)Nabi telah bersabda yang kain jubah/seluar/kain pelikat
yang melebihi buku lali kerana sombong akan disambar api neraka dan pelakunya
tak kan bau syurga.
15)Para malaikat juga memakai kain hingga separuh betis bagi
mengikuti sunnah baginda saw.
16)Pakai seluar adalah sunnah para sahabat nabi dan
diriwayatkan bahawa manusia pertama pakai seluar ialah nabi ibrahim a.s.
17)Kopiah nabi dan sahabat melekat di kepala,yakni tidak
tinggi dan ketat melekat hingga nampak bentuk kepala.tapi ketika
bermusafir,nabi akan pakai kopiah yang tinggi tajam.
18)Nabi selalu pakai serban putih ketika bermusafir dan pakai
serban hitam jika tak bermusafir.warna serban nabi yang dijumpai dalam riwayat
ialah putih,hitam dan kuning cair.
19)Panjang serban nabi ialah 7 hasta panjang dan sehasta
lebar.ada juga pendapat menyatakan panjangnya 12 hasta.dan serban nabi dinamakan
'sahaab' dan sunnah memakai serban dalam keadaan berdiri manakala pakai seluar
pula sunnah dalam keadaan duduk.
20)Nabi ada pakaian khusus yang cuma dipakai pada hari
jumaat,hari raya dan untuk sambut tetamu.
Jangan cuma baca dan cakap waaa ilmu baruuuu!
Tapi baca dan juga AMAL!!!!
Kalau tak amal,saya malas dah nak ajar korang pasal
sunnah..pakaian yahudi nasrani semua kita agungkan,pakaian nabi kita,kita buang
dalam longkang,sapa nak amal kalau bukan orang islam sendiri?nak tunggu
mutusamy dan ah chong amal benda ni?aduhai...''