Intro

Sebuah coretan luahan hati dan perasaan... Mohon maaf jika terkasar bahasa, tidak terlintas untuk menyentuh perasaan semua...

Wednesday 22 October 2014






Assalamualaikum WBT.....^_^

Alhamdulillah, segala puji hanyalah milik Allah SWT, selawat serta salam semoga selalu tercurahkan kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW.

Hai semua......apa khabar?? harap-harap sihat semua la......jaga diri, jaga kesihatan, jaga pergaulan, jaga aurat, jaga maruah diri, ingat nak buat apa2 pun fikir pasal mak abah..(pesan seorang ibu kepada anaknya)..hehe..tetiba teringat pesan mak aku..

Sebenarnya, hari nie aku xdk nak post entri yang menarik pun..sekadar nak memperkenalkan diriku yang kerdil nie ja..salam perkenalan buat semua yang sudah mengenali diri ini, yang sedang dikenali dan bakal berkenalan. semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat.. =_=

                     

Ini hanyalah satu contengan perasaan dan pengalaman yang mungkin membuatkan kamu semua berasa bosan.. tiada plot..tiada seni..bukan untuk mereka yang tak mengerti..

Bismillahirrohmanirrohim......

Terima kasih yang xterhingga buat emak dan abah yang ku sayangi kerana telah bersusah payah membesarkan anakmu ini dengan pelbagai kerenah dan ragam serta masalah yang telah aku lakukan suatu masa dulu dan membantuku belajar erti hidup dan makna diri,..aku amat bersyukur kepadaMu ya Allah kerana telah memberikan mereka kepadaku..tidak lupa juga adik2 ku yang banyak mencorakkan warna-warni kehidupanku..serta sahabat2 ku yang berada dibelakangku ketika susah dan senang menyokongku dari belakang..

Aku hanyalah insan biasa, dilahirkan tanpa sebarang keistimewaan sekadar musafir dijalanan..aku hanyalah seorang insan yang lemah disisi penciptaku yang sering melakukan dosa..aku cuba untuk belajar hidup berdikari dan kadang kala hilang arah disebabkan terlalu taksub dan terpesona dengan mainan dunia..sekadar indah pada nama tetapi hakikatnya aku hanyalah 'Si Jahil' yang seringkali melakukan dosa..

Aku menempuh titian kehidupan dengan pelbagai rasa dan perasan..begitu juga dengan kamu semua..adakalanya gembira, sedih, marah, keliru, sunyi..itulah kehidupan..cuma beza diantara kita hanyalah pengalaman hidup..bak kata pepatah "pengamalan mengajar kita erti kehidupan"...spring mentafsirkan pengalaman didalam lagu mereka "pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran, pahit getir yang pernah dilalui, guruku sejati"

Aku tidak petah untuk berkata-kata, sekadar mampu untuk meluahkan rasa dalam diam..tidak telintas di fikiranku untuk menjadi mata pena,tetapi aku akan cuba menterjemahkan ceritaku melalui dakwat pekatnya..hati memang sukar untuk dfahami, apatah lagi untuk ditafsirkan..aku suka meluahkan rasa, menconteng kisah hidupku di kertas renyuk yang semakin susut nilainya..biarkan kadangkala orang tidak menyukainya, tetapi ia begitu bermakna buat diriku yang hina ini.. ia hanyalah sebuah hobi..

Aku diberikan nama Muhammad Muhaimin Fitri b Hashim..dan Matmin merupakan panggilan yang diberikan oleh jiranku dulu dan masih digunakan sehingga sekarang..Aku merupakan seorang abang yang kian hanyut dengan duniaku sendiri bagi lima orang adik..aku hanyut bagaikan dilambung ombak dilaut dan hampir karam di lautan dalam..Aku dibesarkan didalam keluarga yang sederhana..sejak kecil lagi aku telah diajar untuk memiliki sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri..aku perlu berusaha sendiri untuk memiliki sesuatu..

Dulu, dunia hanya la untuk bersuka ria, tidak terlintas di fikiran ku untuk memiliki kehidupan seperti sekarang..^_^..hanya yang aku tahu adalah bersuka ria bersama kawan-kawanku..aku kian hanyut dimamah usia hari demi hari..banyak masaku yang telah aku gunakan untuk perkara-perkara yang mensia-siakan..itulah aku..

Aku mempunyai impian dan citai-cita yang tinggi tetapi aku tidak mampu untuk mengecapinya akibat lalai dengan kehidupan yang aku cipta sendiri..aku sudah mengecewakan ibubapa beberapa kali..dan aku akan pastikan yang aku tidak akan mengecewakan mereka dengan menterjemahkan cita-citaku yang kian pudar menjadi realiti..in syaa Allah..

Bagi merialisasikan impianku, aku nekad untuk berubah..mengubah segala-galanya..mengubah demi kebaikan..didalam aku mencari sinar kehidupan yang baru, Allah telah mengirimkan kepadaku seorang sahabat, sedikit sebanyak membantuku unutk mencari sinar keredhoanMu..xpernah terlintas difikiranku untuk memiliki seorang sahabat seperti dia, secara xlangsung membantuku mencari sinar kehidupan..hadirnya bagai angin menyampai berita gembira...seolah-olah disaat aku berputus asa dalam pencarianku menerjah sang mentari disebalik awan pekat, Dia menghantarkan pelangi indah buatku..

Terima kasih sahabatku..dan kini aku semakin kuat untuk menjadi lebih baik..dari sehari ke sehari kucuba ubah diriku...cari dimana silapku..semoga aku temui sesuatu dinamakan ketenangan abadi dalam hidupku..terima kasih Tuhan..

Kini..aku berjalan lagi..berjalan dalam mencari cintaNya...semoga perjalanan ini diredhaiNya..Ya Allah..kuatkan lah langkahku dalam meneroka agamaMu..kuatkan imanku...bimbinglah hatiku..teguhkanlah nuraniku.....pasakkanlah didalam diriku kekuatan, ketabahan, kesabaran yang tinggi dalam pencarianku..semoga langkahku tetap utuh!!
Masihkah ada lagi nikmat ini untukku esok hari??merasai betapa kasihnya diriMu...merasai betapa hebatnya kekuasaanMu...merasa indahnya hidupku dengan bimbingan dan rahmat dariMu??subhanallah..Ya Allah..aku belum bersedia sepenuhnya untuk itu..ampuni aku Tuhan..ambillah nyawaku ini disaat aku betul-betul bersedia menemuiMu..ambillah jasadku ini disaat Kau redhai aku..

Tuhan..aku panjatkan rasa syukurku padamu diatas segala nikmat yang kau berikan buatku..kadang-kadang aku terleka dengan duniaku sehingga kurobekkan kasih sayangMu..sungguh hina diri ini dipandanganMu..aku sering lalai dengan perintahMu, aku sering melakukan perkara2 yang Engkau murkai..sesungguhnya aku insan yang kerdil dan lemah..Tuhan..Ampunilah segala khilafku..tutupilah segala keaibanku..sesungguhnya aku telah mengoyak rabak nikmat yang telah Kau limpahkan kepadaku..Subhanallah..

Inilah diriku..hanya manusia biasa..tak punyai apa-apa sekadar mempunyai sedikit rasa untukku luahkan di blog yang berhabuk ini..jangan kamu menilai siapa aku dimasa lalu...masa lalu hanya lah sejarah silam yang memberi pengajaran buatku untuk terus berdiri menjadikan aku hari ini...nilailah siapa aku dihadapanmu waktu ini..jangan sesekali menoleh luka lalu andai itu bisa mencalarkan hatiku saat ini..tiada madah indah..tiada yang boleh membuat kamu semua terpesona..kerna aku bukan siapa-siapa..sekadar hamba hina disisi Dia..ditulis tanpa perancangan untuk tatapan masa depan..ada senyuman dan ada rasa bosan..itulah seni kehidupanku..semoga kamu memahami..

sekian dariku...salam perkenalam..


                        













No comments:

Post a Comment