Intro

Sebuah coretan luahan hati dan perasaan... Mohon maaf jika terkasar bahasa, tidak terlintas untuk menyentuh perasaan semua...

Saturday 18 October 2014

Kasih!!! Benarkah Kasih itu Sabar??


Benarkah kasih itu sabar??

hurrmmm...sebenarnya aku pun tak tahu "kasih itu sabar" tetapi sabar itu penting didalam kehidupan..kerana sabar itu separuh daripada iman..dan mana lagi separuh tu??separuh lagi tu adalah jiwa kita.. :) sabar memberikan banayk kebaikkannya..

Tak kira la kita kasih kepada ibu bapa, tuhan, kawan, haiwan peliharaan ataupun  kekasih hati (hehehe)..kita harus sabar melayan karenah kan kerana setiap benda yang bernyawa mempunyai karenah yang berlainan..

KASIH KEPADA PENCIPTA
kasih kepada tuhan..kita kena patuh kepada suruhannya dan taat kepadanya..laksanakan apa yang kita patut buat..jangan ingkar dan berasa malas.. jangan la time susah je nak cari tuhan time senang kita lupakannya... apa yang saya tahu tuhan itu maha adil kepada umatnya...Dia sentiasa tolong dan beri petunjuk...kita harus sentiasa mengingatinya tak kira lah susah senang gembira mahupun duka..setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..so kita perlu bersabar menempuhi dugaan yang kita perolehi kerana "sabar itu separuh daripada iman"..dan kita perlu tahu yang perancangan Allah merupakan perancangan yang terbaik buat kita..so kita perlu redho.. :)

KASIH KEPADA IBUBAPA
kalau kasih kepada ibubapa lain ceritanya..kita kena sabar jer kalau kita dengar leteran ke kena marah ke apa ke..setiap perkara yang ditegur oleh ibubapa kita mesti bersebab..betulkan..kalau kita melawan kang tak pasal-pasal kita dicop anak derhaka pulak...saya tak mahu jadi anak derhaka..hurrmmmm...saya bersyukur kerana saya tak pernah lawan cakap ibu bapa...tapi tipu la kan kalau kata tak ada...mesti la ada..setiap anak mesti melawan cakap ibu bapa kan...tapi itu semua cerita masa zaman kanak-kanak ribena dulu..apa pun aku dah pohon kemaafan dari mereka...kosong kosong...hehehe..mereka merupakan anugerah yang diberikan oleh Allah, merekalah insan yang paling aku hormati dan sayangi...aku tak boleh hidup tanpa mereka..

KASIH KEPADA SAHABAT
kasih kepada kawan...hurrmmm,,,yang ini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi sebab kita sentiasa dan harus jaga segala percakapan kita, takut-takut terasa hati...maklumlah kawan-kawan ramai, so karenah pun banyaklah...betul tak?? apapun aku sangat2 kasihkan kawan2 aku masa sekolah rendah dan menengah..merekalah kawan terbaik aku...aku bersyukur sampai sekarang aku masih lagi berkawan dengan kawan satu sekolah aku..susah senang, kami tetap bersama..hanya kematian yang dapat pisahkan kami..

KASIH KEPADA HAIWAN
orang cakap kalau kita kasihkan haiwan ni mulia..tapi tak tahu la..sesetengah orang xsuka binatang, ada yang dera, bunuh, seksa n macam-macam lagi la..hanya kerana binatang tu mencuri untuk makan, sanggup sampai membunuh binatang tu..hurrmmm,,rezeki binatang tu kan, biar ja la,,,betull tak??kadang-kadang kecian jugak kat binatang, tapi nak buat macam mana kan, kena terima la..so aku harap kamu semua kena la kasih kepada binatang..sebab Rasullullah SAW pun suka binatang, terutamanya kucing.. :)

KASIH KEPADA KEKASIH
kasih kepada kekasih hati....hurrmmmm...yang ini berat sikit la sebab aku pun xdak kekasih..hehe..nak buat macam mana orang tak hot, pakej diri pun xdak..tapi apa yang aku tahu dari pengalaman dan pemerhatian aku, kita haruslah betul2 waspada dan sabar dengan kekasih..sekiranya tersilap langkah buruk padah nya...kenapa aku cakap macam tu?? sebab kalau kita berdua-duaan, akan muncul makhluk ketiga iaitu syaitan..itu lah waspada..ramaikan pasangan kekasih sekarang yang bebas je nak buat apa saja ikut jer nafsu masing2... kalau dah x sabar tu cepat2 la jadikan halal buat kita...hurmmm..kepada si gadis yang sudah berpacaran tu..jagalah kehormatan dan maruah diri ya..ingat lah maka bapa kalau nak dating tu, pikir la dulu sama ada baik ataupun buruk kesannya..




Jadi apakah ertinya KASIH itu dan benarkah KASIH ITU SABAR?????


No comments:

Post a Comment