Intro

Sebuah coretan luahan hati dan perasaan... Mohon maaf jika terkasar bahasa, tidak terlintas untuk menyentuh perasaan semua...

Friday 17 October 2014

Kunci Persedian Kita...






ARE YOU READY?

Eh. Loghat orang putih terkeluar. Maaf~

Soalan di atas, jawapannya perlu simpan buat seketika. Yang penting, jangan dibiarkan soalan itu tanpa jawapan. Hehe... Setiap persoalan mesti mempunyai jawapan yang tersendiri..

Baik. Perkataan ready itu akan jadi tajuk utama kita. Perkara penting. Penting untuk semua orang. Dari muda, sehinggalah ke yang tua. Tidak kira apa bangsa, juga agama...

Secara ringkasnya, ready itu bermaksud persediaan...

Soalnya, persediaan itu adalah hal umum. Random. Dan hampir setiap hari kita bercakap-cakap tentang persediaan dengan bentuk yang berbeza-beza...


Persediaan sebelum makan???

Persediaan sebelum perkahwinan???

Persediaan sebelum belajar dan bekerja???

Pelbagai jenis persediaan yang bermain difikiran kita. Adakalanya persediaan tersebut amat penting dan kadang-kala ia hanyalah sia...

Namun, sejauh mana kita tahu apa itu persediaan dan bagaimana untuk melakukan persediaan tersebut???

Contoh persediaan kita sebelum makan. Membeli makanan. Semestinya kita akan sedaya upaya membawa wang dengan secukupnya. Mungkin, secara cash...

Boleh jadi, credit card, check dan sebagainya. Lain insan, lain cara. Itu perkara pertama. Selanjutnya, kita mestilah tahu makanan apa yang kita inginkan. Soal halal dan haram, kita titikberatkan...

Dan yang lain, kita perselitkan soal kebersihan...

Ya. Itu penting. Tetapi, kadang-kadang ada yang kita terlepas pandang. Tanya diri sendiri…

Bab persediaan sebelum perkahwinan. Seharusnya kita perlu merujuk pada mereka yang sudah berumah tangga. Sebab tuan yang menulis ini membujang lagi. Haih~

Tetapi, tidak mengapa. Tidak semestinya kita yang berstatus bujang ini tidak boleh beri pendapat, pandangan, serta nasihat berkenan perkara-perkara sebegini. Cukup buat diri yang sering melakukan kesilapan yang sama pun boleh. Muhasabah namanya...

Langkah awal muhasabah. Di iringi dengan mujahadah. Dan mahabbah itu tersangat indah!!!

Baik, fokus kembali. Persediaan sebelum perkahwinan, mahupun belajar, dan bekerja… ia bukan semata memerlukan masa, duit, dan bahan-bahan yang diperlukan...

Ia mirip seperti persediaan sebelum makan. Hukum agama, mesti dipatuhi dan dituruti. Akhlaknya seharusnya kita cuba teladani. Dan, kesyukuran jangan diabaikan. Jangan sesekali kita melampaui...

Bersederhanalah. Baru mantap!!!

Zahirnya, kita biasa lakukan hal-hal seperti ini dalam kehidupan harian kita. Persediaan. Supaya diri, tidak terus bertindak melulu dan kaget dengan iklim yang sentiasa berubah-ubah...

Sekurang-kurangnya, zon kita tidak merundum deras laju. Haru. Namun yang demikian, ada sesetengah daripada kita tidak biasa membiasakan diri dengan persediaan. Ramai yang beranggapan bahawa persediaan itu jarang-jarang. Sekali-sekala...

Jujur, persediaan itu perlu pada setiap hari, setiap masa, tiap tika. Ia seperti detik saat yang sentiasa kita tempuhi. Harungi. Jika kita pinggirkan ia daripada kehidupan kita, kita akan rugi...

Bukan sahaja rugi pada saat ini, dan hari ini. Ia berlanjutan. Mungkin esok, lusa, minggu hadapan, bulan depan, tahun depan, bahkan kematian kelak. Jelas???

Begitu pentingnya persediaan dalam kehidupan...

Ada satu hal lagi berkenaan persediaan. Persediaan ini semua insan akan meraihnya. Pasti. Persediaan ini diberi nama persediaan menghadapi kematian...

Ya, kematian...

Maaf jika kata-kata ini menakutkan. Tidak bermaksud ingin pscho. Maaf...

Apa yang menariknya berkenaan dengan persediaan menghadapi kematian ini???

Kata seorang hamba yang cerdik. “Jika anda mengetahui esok adalah hari kematian anda, apa yang akan anda lakukan?”

Cuba tanyakan diri...

Jawapannya, pasti mengagumkan bukan??? Tidak kira kita ini siapa, bagaimana, dan apa… jawapan yang bermain dengan diri, kadang-kadang sangat kita kagumi. Subhanallah...

Namun, berkata-kata sahaja, tidak mencukupi. Perlu selari. Ilmu dan amal. Walau kita tidak mampu buat semuanya, sesempurnya, sedikit dan istiqomah itu adalah yang paling terbaik.??

Jangan berputus asa jikalau kita mengimpikan syurga. Teruskan, dan teruskan. Jangan berhenti. Tuhan Yang Maha Mengetahui itu, suka akan usahamu...

Percayalah, persediaan sebelum kematian itu sangat besar impaknya jika kita melaksanakanya. Kerja yang kecil, remeh, pasti kita ternampak ianya besar.

Di sisi kita, mahupun di sisi Pencipta. InsyaAllah. Ia juga, membuatkan hidup lebih baik sebelum kita bertemu dengan hari-hari istimewa...

Hari istimewa itu… HARI KEMATIAN KITA!!!!




No comments:

Post a Comment